Al-An’am, dari Ayat 121~130.
121. Dan janganlah kamu
makan dari apa-apa yang disembeleh dengan tidak disebut nama Allah atasnya,
kerana sesungguhnya ia itu satu dosa,
dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisik kepada pengikut-pengikut mereka,
supaya membantah kamu, dan jika kamu menurut mereka, sesungguhnya musriklah
kamu.
122. Dan apakah orang yang mati,
lalu kami hidupkan dia dan kami adakan baginya
cahaya yang ia berjalan dengan nya diantara manusia itu, sama seperti
orang yang didalam kegelapan-kegelapan, yang tidak boleh kufur daripadanya ?
demikian lah dihiaskan bagi orang-orang
kafir itu apa yang mereka telah kerjakan.
123. Dan demikianlah kami
jadikan, dalam tiap-tiap desa, beberapa
orang besar yang durhaka supaya mereka menipu dia dalam dosa-dosa itu, tetapi mereka
tidak menipu dia melainkan diri-diri mereka, pada hal mereka tidak sadar.
124. Dan apabila datang
kepada mereka satu ayat, mereka berkata; “kami tidak akan percaya sehingga kami
diberi seperti apa yang diberikan kepada utusan-utusan Allah”, tetapi Allah itu
lebih mengetahui dimana patutnya ia letakkan risalah nya, akan mengenai
orang-orang yang berdosa itu kehinaan pada sisi Allah dan azab yang pedih, lantaran
mereka telah menipu dia.
125. Maka barang siapa Allah
mahu pimpin dia, ia akan buka kan dadanya buat menerima agama Islam, dan barang
siapa ia mahu sesatkan dia, ia akan dijadikan dadanya sangat sempit, seolah-olah ia naik kelangit. Demikian lah Allah jadikan
kotoran itu atas orang-orang yang tidak manu beriman.
126.. Dan ini lah jalan Tuhan
mu yang lurus, sesungguhnya kami telah terangkan ayat-ayat kami bagi
orang-orang yang mahu ingat.
127. Bagi merekalah kampung
keselamatan pada sisi Tuhan mereka, dan
ialah penolong mereka dengan sebab amal yang mereka telah kerjakan.
128. Dan ingatlah hari yang
ia akan hidupkan mereka sekelian, lalu
berkata; “hai golongan Jin ! sesungguhnya kamu telah mendapat banyak hasil dari
manusia”, berkata pengikut-pengikut mereka dari manusia; “hai Tuhan kami !
Sebahagian dari kami telah bersenang-senang dengan sebahagian, dan kami telah
sampai kepada waktu kami yang engkau
telah tentukan untuk kami”, ia berkata;
“neraka lah tempat diam kamu dalam keadaan kekal padanya”, melainkan apa yang
Allah kehendaki, kerana sesungguhnya Tuhan mu itu bijaksana, amat mengetahui.
129. Dan demikianlah kami
iringkan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu dengan sebahagian nya,
lantaran amal yang mereka telah usahakan.
130. Hai kumpulan Jin dan
manusia ! bukankah telah datang kepada kamu beberapa Rasul dari jenis kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat
kami dan mengancam kamu dengan pertemuan kiamat ini ? mereka berkata; “kami
telah saksikan kesalahan diri-diri kami”, kerana mereka ditipu oleh penghidupan
dunia, sedangkan mereka menyaksikan kesalahan diri-diri mereka, bahawa
sesungguhnya mereka pernah jadi
orang-orang kafir.
.
Sumber dari,
[] https://sites.google.com/site/p128seremban/2/1
[] https://sites.google.com/site/p128seremban/2/1
Following Twitter,
[] https://twitter.com/knajidgawabcom/status/668228861130223616
.